Khamis, 24 Oktober 2013

Assalamualaikum ww/salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia dan Salam 1 Kastam.

        Artikel pertama saya ini ingin menyentuh tentang cara bagaimana hendak memohon untuk mendapatkan kod tarif bagi barangan yang ingin diimport.Setiap hari saya menerima banyak panggilan telefon yang bertanyakan tentang bagaimana untuk seseorang itu mengimport barangan dengan tidak menghadapi sebarang masalah. Cara terbaik adalah:

MEMOHON PENJENISAN BARANGAN

1.Sebelum mengimport sesuatu barangan,sebaiknya anda memohon "Ketetapan Kastam / Rulling Custom"
   daripada Kastam Diraja Malaysia negeri atau Ibupejabat Kastam Diraja Malaysia Putrajaya.
   Tujuan permohonan Ketetapan Kastam adalah untuk  melancarkan urusan perkastaman dan mengelak dari
   sebarang masalah pertikaian berkaitan kod tarif barangan.

2.Datanglah ke :
                 Kaunter Ketetapan Kastam
                 di Cawangan Penjenisan,Tarif dan Gubalan
                 Tingkat 6, Blok Utara,
                 Ibupejabat Kastam Diraja Malaysia
                 Putrajaya.

3.Sila bawa bersama :
                 -Sample barangan (jika berkaitan)
                 -Risalah keterangan barangan berkaitan
                 -MSDS
                 -Bayaran RM 200 (untuk setiap barangan/model)
               
4.Setelah  memperolehi Sijil Ketetapan Kastam barangan anda, sila anda kepilkan salinannya bersama-sama
   Borang Kastam 1 semasa anda/agen  memohon kelulusan kastam.

5.Sijil Ketetapan Kastam ini sah laku untuk tempoh 3 tahun.Anda boleh memperbaharuinya untuk tempoh
   seterusnya dengan bayaran yang sama.

Semoga info ini dapat memberi ilmu yang berguna dan dapat memajukan perniagaan anda.
Semoga sukses selalu.